Mencari Sinar Hidayah

" ilmu tanpa amal, ibarat pohon tidak berbuah "

Sunday, 29 July 2012

PELAJARAN KELIMA : ADAB DI MASJID

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Diakhir pembelajaran, murid dapat :
ADAB-ADAB KETIKA BERANGKAT KE MASJID
1) Mulai dengan kaki kanan
2) Berjalan dengan tenang dan tidak tergesa-gesa
doa Nabi ketika dalam perjalanan menuju ke masjid ialah :
" Ya Allah, jadikanlah dalam hatiku cahaya dan lidahku cahaya dan jadikanlah pada pendengaranku cahaya dan penglihatanku cahaya dan jadikanlah belakangku cahaya dan dihadapanku cahaya dan di bawahku cahaya, Ya Allah berikanlah kepadaku cahaya "

ADAB-ADAB MASUK KE MASJID
1) Membuka kasut dan masuk mendahulukan kaki kanan 
ketika di masjid, Rasulullah mengajar kita membaca doa " Ya Allah, bukakanlah untukku pintu rahmatMU "
2) Memberi salam kepada sesiapa yang berada di dalam masjid
sekiranya tida orang di dalam masjid tersebut, maka ucapkanlah: " Selamat ke atas kami dan atas hamba Allah yang soleh "
3) Mengerjakan solat sunat Tahiyatul Masjid (Menghormati Masjid)

ADAB-ADAB DALAM MASJID
1. Berniat iktikaf dan duduk menghadap Qiblat
2. Memohon doa semoga Allah membuka pintu rahmatNya
3. Menghentikan percakapan hal-hal dunia
4. Berzikir dengan suara yang perlahan
5. Elakkan daripada memakan benda-benda yang berbau
6. Menjaga kebersihan masjid
7. Menjawab azan ketika berkumandang
8. Jangan berjual beli ketika berada di dalam ruangan solat

ADAB-ADAB KELUAR MASJID
1. Membaca doa keluar masjid
2. Memohon ampun dan meminta perlindungan Allah dari mara bahaya
3. Berniat untuk datang kembali
4. Mendahului kaki kiri sambil berdoa
" Aku berlindung dengan nama Allah Yang Maha Agung dengan Zat Yang Maha Mulia dan Kekuasaannya Yang Qadim dari syaitan yang terkutuk "
5. Memberi salam kepada orang yang masih tinggal dimasjid

ADAB WANITA DI MASJID
1) Tidak boleh berwangi-wangian ketika menuju ke masjid
2) Wanita yang didatangi haid atau nifas tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid


-----------------------------------------------------

  1) nyatakan 3 adab masuk masjid.



Terima kasih kerana sudi membaca Entry Ustazah, Moga Bermanfaat !

PELAJARAN KEEMPAT : ADAB TIDUR

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pembelajaran, murid dapat :


ADAB-ADAB SEBELUM TIDUR
1. menggosok gigi sebelum tidur

 2. mengambil wuduk.



 3. berpakaian bersih.



4. memohon maaf kepada kedua ibu bapa.


5. membaca doa tidur.




Adab Selepas Bangun dari Tidur:

1. membaca doa bangun dari tidur
   maksudnya: segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.

2. mengemaskan bilik tidur.

3. mesti menggosok gigi.
4. mesti bersuci dan mandi.
5. mesti berpakaian bersih dan kemas.



FADHILAT MENGAMALKAN ADAB-ADAB SEBELUM DAN SELEPAS BANGUN DARI TIDUR
1. dapat mengamalkan sunnah-sunnah Nabi Muhammad       s.a.w
2. dapat menjaga kesihatan tubuh badan.
3. melatih diri supaya sentiasa berdisiplin.
4. tidak mengantuk dan letih ketika belajar.
5. minda sentiasa cergas dan cerdas.
6. kita akan di sayangi orang sekeliling.


 Akibat Tidak beradab sebelum dan selepas bangun dari Tidur:



1) rasa mengantuk ketika belajar.
2) mudah mendapat penyakit.
3) hilang rasa disiplin diri.
4) di benci orang lain dan keluarga.
5) susah untuk mengingat pelajaran.

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

1) Nyatakan 5 adab sebelum tidur




Terima kasih kerana sudi membaca Entry Ustazah, Moga Bermanfaat !

PELAJARAN KETIGA : ADAB BELAJAR

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Diakhir pembelajaran, murid dapat :


ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU
DOA SEBELUM MULA BELAJAR
MARI KITA MENDENGAR DOA SEBELUM BELAJAR

FADHILAT BERADAB KETIKA BELAJAR
1) Mempunyai masa depan yang cerah
2) Mendapat pahala dan diberkati oleh Allah s.w.t
3) Menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat


AKIBAT TIDAK BERADAB KETIKA BELAJAR
1) Tidak mempunyai masa depan yang cerah
2) Dipinggirkan oleh masyarakat
3) Gagal dalam peperiksaan
4) Tercicir dalam pelajaran


---------------------------------------------------------------

1) Tuliskan 4 akibat tidak beradab ketika belajar




Terima kasih kerana sudi membaca Entry Ustazah, Moga Bermanfaat !

PELAJARAN KEDUA : ADAB MAKAN DAN MINUM

HASIL PEMBELAJARAN
Diakhir pembelajaran, murid akan dapat :

ADAB SEBELUM MAKAN
1) Makanan yang halal
2) Betulkan niat
3) Membaca doa





mari kita mendengar doa sebelum makan ini ..


5) Mencuci tangan
6) Hidangkan makanan
7) Duduk dengan tertib
8) Bersyukur dengan apa yang dihidangkan
9) Makan berteman

ADAB-ADAB KETIKA MAKAN
ADAB-ADAB SELEPAS MAKAN

1) Makruh makan terlalu banyak atau terlalu sikit
2) Menjilat jari setelah selesai makan
3) Memuji Allah S.W.T
4) Berdoa setelah selesai makan
5) Berkumur atau bersugi

FADHILAT BERADAB KETIKA MAKAN

1) Dapat mengelakkan pembaziran
2) Sentiasa dipandang mulia oleh orang lain
3) Sentiasa mendapat keredhaan Allah s.w.t
4) Dapat menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan

AKIBAT TIDAK BERADAB SEMASA MAKAN

1) Tidak disayangi oleh Allah dan Rasul
2) Dipandang hina oleh orang lain
3) Boleh mendatangkan penyakit
4) Menyebabkan pembaziran
5) Perbuatan kita tidak disukai oleh masyarakat

---------------------------------------------------------------

1) Tuliskan fadhilat beradab ketika makan.



Terima kasih kerana sudi membaca Entry Ustazah, Moga Bermanfaat !